Satu Program Ibu dan Bapa Angkat untuk pelajar tahun 6 SKBTum telah dilancarkan pada hari Isnin, 22 Februari 2010. Ramai guru SKBTum telah terlibat untuk menjayakan program ini. Moga dengan berjayanya program ini, insyaAllah akan berjaya lagilah UPSR pada tahun ini.
Pada pagi Selasa 23 Februari 2010, penyampaian hadiah untuk pemenang telah diadakan. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Koku, Tuan Haji Ibrahim Mahmud.
Pada 21 hingga 23 Februari 2010, SKBTum telah mengadakan Sukan Olahraga peringkat sekolah. Semua guru, staf dan murid telah melibatkan diri pada hari tersebut. Selamat berjaya untuk semua rumah.
Sekarang setiap rumah sukan sedang sibuk berlatih untuk menhadapi hari pentandingan olahraga peringkat sekolah yang akan diadakan pada selepas hari Raya Cina ini. Rumah Kuning dan Rumah Biru berlatih pada hari Ahad dan Selasa dan Rumah Hijau dan Rumah Merah pada hari Isnin dan Rabu. Selamat berlatih kepada semua olahragawan dan olahragawati.
Ini adalah bilik pilihan minggu ini, iaitu Bilik Pemulihan. Bilik ini amat ceria dan ia amat disukai oleh para pelajar kerana susun atur alatan di bilik ini amat tertarik. Bilik ini diselenggara oleh Cikgu Salina Mohamed dan Cikgu Hjh Zubaidah bt Endut.