Tuesday, December 25, 2007

Selamat bertugas di tempat lain kepada guru yang bertukar.

Pada tahun 2007, kita telah kehilangan beberapa orang guru yang berkaliber dan telah lama berkhidmat di SKBTum. Guru yang bertukar ialah Cikgu Wan Normala ke SK Tg. Bariah, Cikgu Zuriana ke SK Manir dan Cg Zaimi. Kami di SKBTum mengucapkan selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya di tempat baru. Thank you.

Selamat Bermesyuarat kepada Guru SKBTum

Pada 26 Dis 2007, mesyuarat guru untuk sesi 2008 akan diadakan di bilik mesyuarat SKBTum. Di harap semua guru dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. Selamat Datang ke SKBTum kepada guru lama dan guru yang baru bertugas di SKBTum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga SKBTum, semoga berada keadaan selamat dan sejahtera. Selamat beraya dan jangan lupa sekolah dah nak buka tu. Jangan main banjir tuuuu.

Thursday, November 15, 2007

UPSR SKBTum Cemerlang


Pada hari bersejarah ini, 15 November 2007, keputusan UPSR 2007 seperti berikut: 18 calon mendapat 5A, 13 calon mendapat 4A 1B, 2 calon 4A 1C dan 10 calon mendapat 3A. Keputusan mengikut mata pelajaran pula, Bahasa Melayu pemahaman 97.7%, Bahasa Melayu penulisan 86.2%, Bahasa Inggeris 89.7%, Matematik 90.8% dan Sains 93.1%. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang lain cuba lagi di lain masa. Tahniah SKBTum. Terima Kasih kepada semua warga SKBTum 2007. Maju SKBTum.

Dah Dapat Result UPSR 2007


Pada jam 10 pagi para pelajar UPSR SKBTum menerima keputusan UPSR mereka. Keputusan disampaikan sendiri oleh YM Puan Hjh Sharifah Kasmani bt Syed Akil kepada semua pelajar tahun 6.

Wajah Gementar


Saat gementar bercampur ceria dapat dilihat pada pagi menunggu keputusan UPSR 2007 di SKBTum pada hari ini. Para pelajar dalam keadaan keluh kesah semasa sebelum keputusan diumum oleh Puan GB.

Wednesday, November 14, 2007

Hari Anugerah Cemerlang


Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik yang telah disempurnakan pada 12 November 2007.

Hari Anugerah Cemerlang


Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 12 November 2007. Pelajar cemerlang tahun 4, Tuan Haji Mohd Saberi bin Muda telah menyampai hadiah pelajar cemerlang tahun 4.

Sunday, November 4, 2007

Today's Assembly


Hari ini telah diadakan penyampaian hadiah kepada murid yang telah berjaya dalam pertandingan yang telah diadakan baru-baru ini.

Friday, October 26, 2007

Minggu Final Exam

Pada 24, 25, 28 dan 29 Oktober ini para pelajar akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan ini akan menentukan kedudukan kelas di tahun 2008. Guru-guru dan staf mendoakan kejayaan pelajar SKBTum.

SKBTum BOLEH!!!!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua

Di bulan mulia ini, semua warga skbtum mengucapkan selamat menyambut aidil fitri kepada semua yang melayari laman ini dengan ucapan maaf zahir dan batin.

senyum sokmo wehhhhh
ramadhan
ramadhan