Sunday, March 28, 2010

Bilik Pilihan Minggu ini




Bilik minggu ini ialah Bilik J-QAf, bilik ini digunakan oleh semua guru Agama Islam di SKBTum untuk P & P subjek Agama Islam. Bilik ini boleh memuatkan lingkungan 30 orang pelajar pada setiap masa P & P. Bilik ini diurus oleh semua guru J-QAf dan guru subjek Agama Islam SKBTum.

Jamuan Perpisahan 2010




Hari ini Kelab Guru dan Staf SKBTum telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk guru yang telah bertukar ke sekolah baru. Mereka yang telah diraikan ialah Cg Nasir, Ustaz Adnan dan Sir Syed Husni. Kepada mereka kami semua mendoakan semoga murah rezeki dan selamat bertugas di tempat baru dengan jayanya.

Langkawi...






Pada cuti yang lepas guru-guru dan AJK PIBG SKBTum telah ke Langkawi untuk bercuti sambil membeli belah. Sakan shopping sorang-sorang.

Lawatan Ke SK Sena, Perlis





Pada 4 Mac 2010, semua guru dan PIBG SKBTum telah tiba di SK Sena kerana mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah tersebut. Kami telah disambut oleh pihak sekolah tersebut dengan hati yang terbuka. Terima kasih SK Sena.

Wednesday, March 3, 2010

Bilik Pilihan Minggu ini





Bilik minggu ini ialah Bilik Perpustakaan. Bilik ini dijaga oleh Cikgu Zuzaini dan Cikgu Khamsah bersama dengan AJK PSS SKBTum. Keceriaan bilik ini semakin terselah oleh kerana sentiasa dihiasi oleh guru-gur PSS. Keep up the good job. Maju SKBTum.

Tuesday, March 2, 2010

Sambutan Maulidul Rasul SKBTum




Pada 2 Mac 2010, SKBTum telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat olah murid-murid dan berarak menuju ke Masjid Seberang Bukit Tumbuh. Di situ para pelajar dan guru diberi ceramah tentang Maulidul Rasul.

Milo Datang




Pada 1 mac 2010, pihak Milo telah datang ke SKBTum untuk memberi minuman milo percuma kepada semua murid dan guru. Terima Kasih Milo....

Kenali PKG Kita



SKBTum telah diletakkan di bawah kawasan Pusat Kegiatan Guru Manir sejak tahun 2009. Sebelum ini SKBTum dibawah jagaan PKG Tok Jiring. PKG Manir terletak di Kawasan SK Banggol Peradong Kuala Terengganu.
ramadhan
ramadhan