Wednesday, April 9, 2008

Ceramah Disiplin


Semua guru termasuk guru besar dan penolong kanan asyik mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cg Azeman Awang pada hari ini.

Kudap Disiplin untuk Guru-guru SKBTUM


Pada 9 April 2008, semua guru SKBTum telah mendapat satu imput terkini oleh penceramah KUDAP iaitu Cg Azeman Awang. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk Disiplin Sekolah. Beliau baru saja pulang dari berkursus di IAB. Isi kandungan kursus mengenai disiplin masa sekarang, prosedur mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar dan penerangan mengenai pekeliling disiplin yang patut diketahui oleh semua guru. Pesanan beliau ialah "Semua guru adalah Guru Disiplin". Terima kasih Cg Azeman dari semua guru SKBTum.

Nasyid di Hari Sambutan Maulidur Rasul


Pertandingan nasyid juga diadakan pada hari sambutan Maulidur Rasul di SKBTum. Semua kelas mempersembahkan nasyid pada hari tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul


Kumpulan Kompang SKBTum mempersembahkan persembahan mereka di awal pagi sambutan Maulidur Rasul peringkat SKBTum pada 3 April 2008. Aktiviti pertandingan nasyid, kuiz dan selawat beramai-ramai diadakan pada hari tersebut.

Hari Cakna Waris


Ramai ibubapa yang hadir sempena Hari Cakna Waris SKBTum pada 31 Mac 2008. Terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir kerana memberi sokongan untuk menjayakan program ini.

Hari Cakna Waris


Ucapan alu-aluan disampaikan oleh YM Pn Hjh Sharifah Kasmani bt Syed Akil, guru besar SKBTum kepada semua ibubapa yang hadir untuk menjayakan Hari Cakna Waris SKBTum pada 31 Mac 2008.

Kem Bestari Solat


Ada yang melakukan aktiviti praktikal menunaikan solat dengan bimbingan guru-guru skbtum pada 26 mac 2008.

Kem Bestari Solat


Suasana di awal pagi sebelum Ken Bestari Solat. Ramai guru skbtum terlibat untuk menjayakan kem tersebut.
ramadhan
ramadhan