Wednesday, October 13, 2010

Majlis Khatam AL-Quran





Pada 2 September 2010 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah sempena bulan Ramadhan. Majlis tersebut telah diketuai oleh Ustaz Zulkifli dengan murid beliau. Seramai 30 orang pelajar yang terlibat pada majlis tersebut.

Majlis Titipan Ilmu 2010





Satu majlis untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi UPSR 2010. Majlis ini telah dihadiri oleh NYDP PIBG SKBTum, semua ibubapa pelajar tahun 6 dan AJK PIBG. Sesi bersalaman merestui ilmu antara guru dan pelajar telah diadakan. SKBTum BOLEH.....Insya'Allah.

Jamuan Perpisahan Persaraan Cg Hjh Hanisah





Pada 27 Julai 2010 telah diadakan Majilis Perpisahan Cg Hjh Hanisah. Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan PPDKT, YM Tengku Mohd Yusoff b Tengku Mansor, YM PIBG SKBTum dan AJK PIBG SKBTUM serta semua guru SKBTum. Majlis telah diadakan di Permai Inn K.Trg. Selamat bersara Cg Hjh Hanisah. Dirimu kami hargai.

Kuiz Ihya Ramadhan





Dalam bulan Ramadhan yang lalu Panitia Agama Islam telah mengadakan Kuiz Ihya Ramadhan untuk para pelajar SKBTum. Semua pelajar terlibat dalam aktiviti tersebut. Skop soalan kuiz tersebut adalah yang terlibat dalam aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.

Sambutan Bulan Kemerderdekaan





Pada 8 Ogos 2010 SKBTum telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Majlis ini telah dihadiri oleh pihak PPDKT dan PIBG SKBTum serta para ibubapa. Majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu patriotik dan lagu kebangsaan. Merdeka......
ramadhan
ramadhan