Tuesday, August 23, 2011

Cg Hj Ibrahim Jasa Mu Kami Kenangi




Pada 16 Ogos 2011 telah menjadi detik sejarah buat SKBTum kerana Cg Hj Ibrahim Mahmud, Penolong Kanan HEM SKBTum telah bertukar ke SK Seberang Takir. Beliau ada seorang guru yang berpengalaman dalam menjawat jawatan pentadbiran dan seorang yang perihatin dalam kejayanya. Sikap cakna terhadap rakan sejawat dan timbang rasa adalah yang menyebabkan beliau disegani oleh rakan SKBTum. Warga SKBTum mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan budi jasa mu tetap kami hargai dan kami sanjungi. Terima kasih Cg Hj Ibrahim Mahmud

Bilik Pilihan Minggu Ini





Bilik pilihan hari ini ialah Bilik Prasekolah. Prasekolah SKBTum ini dikendali oleh Cg Nor Fadila Ariffin dan pembantunya iatu Pn Hazlina Khalid. Keceriaan pelajar dapat dilihat pada wajah cerianya kelas prasekolah ini. Tahniah Cg Nor Fadila dan Pn Hazlina, teruskan usaha anda berdua.

Gotong Royong Surau SKBTum





Pada 20 Ogos baru-baru ini telah diadakan gotong royong mengecat surau SKBTum anjuran PIBG SKBTum dan Guru SKBTum. Semua guru dan staf sekolah hadir untuk menjayakan gotong royong tersebut. Terima kasih semua.

Latihan Kebakaran 2011




Latihan Kebakaran 2011 untuk SKBTum telah dijalankan pada pukul 10 hari ini. Semua murid, guru dan staf telah menjalani latihan tersebut dengan jayanya. Semua telah berjaya dikumpul di padang dalam masa yang telah ditetapkan.

Pelancaran Sambutan Hari Kemerderkaan 2011






Pada hari ini Selasa 23 Ogos 2011 telah dilancarkan sambutan Hari Kemerdekaan bagi peringkat SKBTum yang telah dilancarkan oleh YM Pn Hjh Sharifah Kasmani Syed Akil, Guru Besar SKBTum.......merdeka..... terima kasih Malaysia..


Tuesday, August 16, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2011




Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa buat kali pertama yang telah dihadiri oleh semua AJK dan dipengerusi oleh YDP PIBG SKBTum, Tn Hj Sabri b Muda. Mesyuarat telah diadakan selama 1jam setengah dan telah berakhir pada jam 1.20ptg

Tuesday, August 9, 2011

Kenali PKG Kita........PKG Manir





SKBTum telah diletakkan di bawah kawasan Pusat Kegiatan Guru Manir sejak tahun 2009. Sebelum ini SKBTum dibawah jagaan PKG Tok Jiring. PKG Manir terletak di Kawasan SK Banggol Peradong Kuala Terengganu. PKG Manir adalah di bawah jagaan En Mat Sabri Ismail dan Puan Raihanah Mohamad. Untuk maklumat lanjut sila ke http://pkgmanir2011.blogspot.com/

Bilik Pilihan Minggu Ini





Bilik pilihan minggu ini ialah Bilik Kemahiran Hidup. Bilik adalah dibawah jagaan Cikgu Azeman Awang dan semua guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Semua alatan dan hasil kerja murid dapat dilihat di sudut pameran hasil kerja. Guru dan murid sentiasa menjaga keceriaan bilik tersebut.


Tuesday, August 2, 2011

Penyampaian Hadiah Sempena UPSR Percubaan 2011










Pada hari ini telah diadakan penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang di dalam Ujian Percubaan UPSR baru-baru ini. Ibu bapa juga telah hadir untuk menyampaikan sendiri hadiah kepada anak mereka. Tahniah kepada yang berjaya. Bersama-sama kita berusaha ke arah kecemerlangan UPSR 2011.
ramadhan
ramadhan