Wednesday, July 27, 2011

Selamat Menyambut Ramadan


Selamat Menyambut Ramadan kepada semua warga dan anak didik SKBTum.

SKBTum Diserang.....




Baru-baru ini SKBTum telah diserang oleh anai-anai di bilik kemahiran hidup. Atas serangan tersebut pihak sekolah telah mengalami kerosakan almari, papan hitam, papan kenyataan dan dinding. Makluman tentang kerosakan telah dimaklumkan kepada pihak PPDKT dan sedang menunggu tindakan lanjut.

Penyampai Hadiah Kepada Yang Berjaya.....





Tahniah kepada yang berjaya sempena di dalam Ujian Pra UPSR baru-baru ini.
Usaha lagi.......

Tuesday, July 5, 2011

Mesyuarat PIBG 2011




Mesyuarat PIBG 2011 telah diadakan pada 26 Mac 2011. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Haji Nasir b Tan Sri Ibrahim Fikri. Beliau telah menyampaikan hadiah kepada pelajar yang cemerlang pada ujian yang lepas. Terima kasih semua.

Kem Skor A fasa 2




Pada 14 Mei 2011, SKBTum telah mengadakan Kem Skor A fasa 2 untuk pelajar tahun 6 2011. Ia telah diaadakan pada di Marang Village Resort selama 3 hari. Pihak SKBTum telah menjemput guru-guru pakar untuk memberi pelbagai ilmu kepada pelajar tahun 6 SKBTum. Thanks to All....

Perjumpaan Bersama Ibu dan Bapa





Pada 23 April 2011, pihak SKBTum telah mengada satu slot bersama pelajar tahun 6 dan ibubapa. Di sini pihak sekolah menerangkan prestasi OTI anak-anak mereka. Dengan adanya ibu dan bapa, pihak sekolah dapat berkongsi masalah dan mencari cari penyelesaian tentang apa yang dihadapi oleh guru dengan anak-anak mereka. Bersama kita membantu kejayaan anak-anak kita demi masa depan mereka.

Persembahan Pagi




Setiap pagi sebelum p & p bermula, pelajar SKBTum dapat mempamerkan bakat yang ada pada diri masing-masing. Pelbagai persembahan telah diadakan pada setiap pagi, di sini pelajar dapat mengasah bakat yang ada pada diri mereka. "Do the best for SKBTum!"

Kem Skor A




Pada 8 May 2011 SKBTum telah mengadakan Kem Skor A untuk pelajar tahun 6 2011. Ia telah diadakan selama 3 hari. Kem ini telah dijalankan dengan kerjasama semua guru SKBTum dan ia juga telah dijayakan oleh guru panel UPSR negeri Terengganu. Dengan itu pihak SKBTum mengucapkan terima kasih kepada semua. Pada hari akhir, majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Roshali bin Tahar, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu. Terima kasih kepada semua yang teribat.
ramadhan
ramadhan