Monday, September 5, 2011

Ujian Tambah Nilai 2011



Pada hari ini 5 September 2011 seluruh pelajar tahun 6 Negeri Terengganu sedang menduduki Ujian Tambah Nilai untuk UPSR 2011. Selamat Menjawab Soalan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri....kepada semua pelajar tahun 6.

Majlis Khatam Al-Quran






Pada Khamis 25 Ogos 2011 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat SKBTum yang telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SKBTum. Semua guru,staf dan murid terlibat di dalam majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan pembahagian duit raya kepada murid dan majlis bersalaman antara murid, guru dan staf. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di dunia.

Sunday, September 4, 2011

Bilik Pilihan Minggu Ini



Ini adalah bilik pilihan minggu ini, iaitu Ruangan LINUS. Ruang ini amat ceria dan ia amat disukai oleh para pelajar kerana susun atur alatan di bilik ini amat menarik. Ruangan ini diselenggara oleh Cikgu Rahani Ramli, Cikgu Hjh Fatma Mohd Dom, Cikgu Rosmaiza Abd Rahman, Cikgu Suryani Alwi, Cikgu Salina Mohamed dan Cikgu Hjh Zubaidah bt Endut.

Ceria SKBTum



Dalam minggu ini SKBTum sedang diceriakan oleh semua guru dan staf serta pekerja swasta SKBTum. Kawasan sekolah yang sedang diceriakan ialah semua bilik khas, tandas, dinding, laluan murid dan lain-lain lagi. Tahniah SKBTum...


Tuesday, August 23, 2011

Cg Hj Ibrahim Jasa Mu Kami Kenangi




Pada 16 Ogos 2011 telah menjadi detik sejarah buat SKBTum kerana Cg Hj Ibrahim Mahmud, Penolong Kanan HEM SKBTum telah bertukar ke SK Seberang Takir. Beliau ada seorang guru yang berpengalaman dalam menjawat jawatan pentadbiran dan seorang yang perihatin dalam kejayanya. Sikap cakna terhadap rakan sejawat dan timbang rasa adalah yang menyebabkan beliau disegani oleh rakan SKBTum. Warga SKBTum mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan budi jasa mu tetap kami hargai dan kami sanjungi. Terima kasih Cg Hj Ibrahim Mahmud

Bilik Pilihan Minggu Ini





Bilik pilihan hari ini ialah Bilik Prasekolah. Prasekolah SKBTum ini dikendali oleh Cg Nor Fadila Ariffin dan pembantunya iatu Pn Hazlina Khalid. Keceriaan pelajar dapat dilihat pada wajah cerianya kelas prasekolah ini. Tahniah Cg Nor Fadila dan Pn Hazlina, teruskan usaha anda berdua.

Gotong Royong Surau SKBTum





Pada 20 Ogos baru-baru ini telah diadakan gotong royong mengecat surau SKBTum anjuran PIBG SKBTum dan Guru SKBTum. Semua guru dan staf sekolah hadir untuk menjayakan gotong royong tersebut. Terima kasih semua.

Latihan Kebakaran 2011




Latihan Kebakaran 2011 untuk SKBTum telah dijalankan pada pukul 10 hari ini. Semua murid, guru dan staf telah menjalani latihan tersebut dengan jayanya. Semua telah berjaya dikumpul di padang dalam masa yang telah ditetapkan.

Pelancaran Sambutan Hari Kemerderkaan 2011






Pada hari ini Selasa 23 Ogos 2011 telah dilancarkan sambutan Hari Kemerdekaan bagi peringkat SKBTum yang telah dilancarkan oleh YM Pn Hjh Sharifah Kasmani Syed Akil, Guru Besar SKBTum.......merdeka..... terima kasih Malaysia..


ramadhan
ramadhan