Wednesday, January 30, 2008

Laluan Larian Jambatan


Trek laluan untuk pelajar tahap 2, iaitu pelajar tahun 4, 5 dan 6. Diharap acara ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan supaya acara ini berjaya hendaknya, Insya'Allah.

Laluan Larian Jambatan SKBTum 2008


Laluan Larian Jambatan untuk pelajar tahap1, iaitu terdiri dari pelajar tahun 2 dan tahun 3.

Dah Letih Ke?


Semua murid bersemangat berlari semasa latihan diadakan pada hari tesebut. Wajah-wajah ceria sambil berlari pada hari tersebut.

Latihan Larian Jambatan SKBTum 2008

Pada hari Isnin baru-baru ini SKBTum telah mengadakan latihan larian kepada semua pelajar tahun 2 hingga tahun 6. Semua pelajar bersemangat menjayakan latihan tersebut.

Sumbangan kepada ahli Hafazan SKBTum


Pada pagi Isnin baru-baru ini pihak sekolah telah menyampaikan sumbangan hafazan kepada pelajar yang telah berjaya menjalan ujian hafazan yang telah diuji oleh pihak JAIT. Ujian hafazan telah dijalankan di sekolah pada tahun lepas. Sumbangan hafazan telah disampaikan oleh Puan GB SKBTum. Semoga ramai lagi pelajar SKBTum mengambil ujian pada masa yang akan datang. Insya'Allah.

Ada lagi kacau suraaaa


Ni geng Sir Syed and the geng asyik mengacau sura pada hari sambutan maal hijrah.

Seronoknya dia orang masak


Ustaz Adnan dan Cikgu Mohmad serta geng telah juga memberi tenaga dalam menjayakan acara memasak asyura juga. Seronoknyeeeee kacau suree.......

Acara Asyura


Pada hari Khamis 24 jan 2008, sempena sambutan Maal Hijrah, pihak guru dan kaki tangan telah bergotong-royong memasak asyura untuk dibahagikan kepada semua pelajar SKBTum, guru dan kakitangan.

Kumpulan Nasyid Tahun 2 Ibnu Sina


Kumpulan nasyid ini terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan dari murid tahun 2 Ibnu Sina.

Pertandingan Nasyid Sempena Maal Hijrah


Baru-baru ini sempena Sambutan Maal Hijrah di peringkat sekolah, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Pertandingan Nasyid. Pertandingan tersebut telah diambil bahagian oleh murid dari tahun 2 hinggan tahun 6. Ini adalah kumpulan Nasyid lelaki dari tahun 6 Ibnu Sina.

Ketua Pengawas SKBTum 2008.

Mohamad Muiz bin Zuki telah dilantik sebagai Ketua Pengawas SKBTum untuk tahun 2008. Wartikah perlantikan tersebut disampaikan oleh YM Pn Hjh Sharifah Kasmani bt Syed Akil, Guru Besar SK Bukit Tumbuh.

Perlantikan Penolong Ketua Pengawas


Puan GB sedang menyarungkan baju kot kepada penolong ketua pengawas iaitu Nadira Alia bt Mohmad dari kelas 6 Ibnu Sina.

Hari Penyerahan Wartikah


Baru-baru ini pelajar-pelajar yang telah dilantik menjadi pengawas dan ketua kelas telah menerima wartikah perlantikan pengawas dan ketua darjah. Ia telah disampaikan pada hari Ahad baru-baru ini. Disampaikan oleh Puan Hajah Hanisah Ibrahim, PK HEM SKBTum dan dipengerusikan oleh Cikgu Azeman Awang selaku Guru Displin SKBTum.

Tuesday, January 29, 2008

Wajah-wajah kecil di SKBTum


Pihak SKBTum mengalu-alukan kedatangan pelajar tahun 1. Selamat Belajat Di SKBTum.

Program Transisi Tahun 1 2008


Guru-guru tahun 1 di SKBTum telah mengadakan program transisi untuk pelajar baru tahun 1. Program ini diadakan kerana untuk menyesuaikan para pelajar dengan suasana sekolah kepada mereka. Puan GB juga telah juga menyampaikan amanat kepada pelajar baru sebelum mereka memulakan pembelajaran di SKBTum.
ramadhan
ramadhan