Thursday, November 15, 2007

UPSR SKBTum Cemerlang


Pada hari bersejarah ini, 15 November 2007, keputusan UPSR 2007 seperti berikut: 18 calon mendapat 5A, 13 calon mendapat 4A 1B, 2 calon 4A 1C dan 10 calon mendapat 3A. Keputusan mengikut mata pelajaran pula, Bahasa Melayu pemahaman 97.7%, Bahasa Melayu penulisan 86.2%, Bahasa Inggeris 89.7%, Matematik 90.8% dan Sains 93.1%. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang lain cuba lagi di lain masa. Tahniah SKBTum. Terima Kasih kepada semua warga SKBTum 2007. Maju SKBTum.

Dah Dapat Result UPSR 2007


Pada jam 10 pagi para pelajar UPSR SKBTum menerima keputusan UPSR mereka. Keputusan disampaikan sendiri oleh YM Puan Hjh Sharifah Kasmani bt Syed Akil kepada semua pelajar tahun 6.

Wajah Gementar


Saat gementar bercampur ceria dapat dilihat pada pagi menunggu keputusan UPSR 2007 di SKBTum pada hari ini. Para pelajar dalam keadaan keluh kesah semasa sebelum keputusan diumum oleh Puan GB.

Wednesday, November 14, 2007

Hari Anugerah Cemerlang


Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik yang telah disempurnakan pada 12 November 2007.

Hari Anugerah Cemerlang


Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 12 November 2007. Pelajar cemerlang tahun 4, Tuan Haji Mohd Saberi bin Muda telah menyampai hadiah pelajar cemerlang tahun 4.

Sunday, November 4, 2007

Today's Assembly


Hari ini telah diadakan penyampaian hadiah kepada murid yang telah berjaya dalam pertandingan yang telah diadakan baru-baru ini.
ramadhan
ramadhan