Saturday, April 24, 2010

Bilik Pilihan Minggu ini





Bilik pilihan minggu ini ialah BILIK Kemahiran Hidup. Bilik adalah dibawah jagaan Cikgu Azeman Awang dan semua guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Semua alatan dan hasil kerja murid dapat dilihat di sudut pameran hasil kerja. Guru dan murid sentiasa menjaga keceriaan bilik tersebut.

Program Bersama Buku SKBTum




Pada 24 April 2010, Pihak PSS SKBTum telah menganjurkan Program Bersama Buku sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang disambut pada hari tersebut. Semua pelajar SKBTum dan semua guru terlibat untuk menjayakan program tersebut. Selamat membaca warga SKBTum.

Mesyuarat Agung PIBG SKBTum 2010



Pihak SKBTum telah mengada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9, mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh YB Hj Ahmad Razif b Abdul Rahman. Beliau telah memberi sumbangan untuk sekolah sebanyak RM3000. Terima Kasih YB. Jasamu kami kenang selamanya.

Program Motivasi Tahun 6 2010





Pada 13-15 April, semua pelajar tahun 6 SKBTum, telah hadir ke Pusat Kokurikulum JPNT, Kuala Berang untuk menghadir Program Motivasi untuk Pelajar UPSR 2010. Seramai 112 orang pelajar dan 12 orang guru telah hadir bersama. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti berkayak, absailing, kembara hutan, berjalan malam dan aktiviti kerohanian. Terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Kokurikulum dan semua guru yang terlibat.

Majlis Cakna Waris SKBTum 2010





Pada 1 April baru ini SKBTum telah mengadakan program Cakna Waris yang dihadiri oleh semua ibubapa murid SKBTum. Program telah diserikan lagi dengan kehadiran oleh Encik Roshali b Taha,Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu.
ramadhan
ramadhan