Sunday, March 11, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

1 Murid 1 Sukan 2013



Program 1M1S di SKBTum telah memulakan program sulungnya untuk sesi 2013 pada baru-baru ini. Aktiviti seperti hoki, olahraga, bola baling, bola sepak dan bola jaring telah dijalan pada petang tersebut. Semua murid tahap 2 telah terlibat dan semua guru hadir pada hari tersebut. Maju sukan untuk SKBTum.

Perjumpaan Badan Berunifom SKBTum 2013



Pada 31 Jan 2013 telah diadakan satu perjumpaan badan berunifom. Semua murid yang telibat telah hadir pada perjumpaaan tersebut. Pemilihan jawatan kuasa telah diadakan. Selamat Berkokurikulum untuk tahun 2013 kepada semua.

Monday, January 30, 2012

Ujian TOV



Ujian TOV 2012 sedang dijalankan semua sekolah di Terengganu. Ujian ini ada untuk menguji tahap kemahiran murid dalam matapelajaran teras. Selamat menjawab soalan kepada semua.

Saturday, January 28, 2012

Makluman Cuti Peristiwa Cuti Berganti 2012

Di sini dimaklumkan bahawa pihak SKBTum mengumumkan tarikh cuti berganti adalah seperti berikut:

Cuti Tahun Baru Cina 2012;
Tarikh cuti 25 Jan 2012 (Rabu) diganti pada 11 Feb 2012 (Sabtu / Jadual waktu hari Rabu)
Tarikh cuti 26 Jan 2012 (Khamis) diganti pada 3 Mac 2012 (Sabtu / Jadual waktu hari Khamis)

Cuti Raya Haji
Tarikh cuti 25 Okt 2012 (Khamis) diganti pada 14 April 2012 (Sabtu / Jadual waktu hari Isnin)

Harap mendapat perhatian kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa SKBTum.

Friday, January 27, 2012

Kursus Kepimpinan 2012





Pada 20 Jan 2012 baru-baru ini, Unit Kaunseling, Badan Pengawas dan PSS SKBTum telah mengadakan satu Kursus Kempimpinan untuk semua ketua, penolong darjah, pengawas sekolah dan pengawas PSS. Ia diadakan untuk menambah ilmu tentang kepimpinan di kalangan pelajar yang terlibat. Sumbangan RM5 seorang dikenakan kepada semua yang telibat. Ia dikenakan untuk membayar makanan dan alatan pada hari kursus tersebut. Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk hadir kursus tersebut.

First Day in SKBTum






Pelbagai gelagat pelajar dan ibu bapa serta guru dapat kita lihat pada hari pertama persekolahan. Selamat datang dan selamat menjadi warga SKBTum kepada semua.

Hari Orientasi Tahun 1 2012




Pihak SBTum mengadakan satu ujian kepada pelajar tahun 1 untuk mengetahui tahap kemahiran pelajar tahun 1 sesi 2012 sebelum sesi persekolahan bermula. Semua guru terlibat pada hari tersebut. Semoga berjaya.

Hari Pendaftaran 2012



Pada 23 Dis telah diadakan hari pendaftaran untuk semua pelajar SKBTum. Ramai para ibu bapa dan guru hadir pada hari tersebut. Satu taklimat ringkas telah diadakan oleh pihak pentadbir. Pendaftaran telah diadakan di dalam kelas.

Hari Anugerah Cemerlang 2011




Pada 21 nov 2011 telah diadakan Hari Anugerah Cemerlang untuk pelajar-pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan akhir tahun dan UPSR 2011. Majlis diserikan dengan kehadiran Cg Abd Rahman untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan kejayaan ke menara gading.

Selamat Bersara Kak Wan



Terima kasih atas semua jasamu, Kak Wan. Pada 17 Nov 2011, ini adalah tarikh keramat untuk Puan Wan Zawiah bt Wan Awang kerana ini adalah tarikh persaraan untuk beliau. Beliau adalah seorang yang berwibawa dalam menjalankan tugas sebagai kerani pentadbir di SKBTum. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah beliau kongsikan bersama warga SKBTum. Selamat bersara Kak Wan..

UPSR 2011



Pada 2011, SKBTum telah mendapat 9 calon yang mendapat 5A dan 9 calon madapat 4A 1B. Peratus lulus untuk tahun ini meningkat. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya.
ramadhan
ramadhan