Friday, November 28, 2008

Hari Anugerah Cemerlang 2008



Hari Anugerah Cemerlang 2008 telah dirasmikan oleh Tuan PPD Hulu Terengganu sebagai mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu. Ramai ibu bapa hadir untuk memeriahkan lagi hari tersebut. Terdapat persembahan oleh para pelajar tahun 5, 4 dan prasekolah pada hari tersebut.

SKBTum 15 pelajar 5A 2008




Hari ini telah diumumkan bahawa SKBTum telah mendapat 15 pelajar yang mendapat 5A.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di peringkat SKBTum. Aktiviti nyanyian nasyid oleh para pelajar dan penyampai duit raya kepada anak yatim juga telah diadakan. Jamuan raya juga telah diadakan.

Tuesday, November 25, 2008

Sehari Sebelum UPSR


Suasana pelajar SKBTum sehari UPSR, pihak guru SKBTum mengadakan program terakhir untuk pelajar tahun enam, semua pelajar didedahkan teknik menjawab soalan untuk kali terakhir kepada pelajar.

Sunday, September 21, 2008

Motivasi Terakhir


Menjelang UPSR 2008 pada 9, 10 dan 11 September 2008, pihak sekolah telah mengadakan motivasi terakhir kepada semua calon UPSR 2008 pada hari Isnin 8 September 2008. Amanat terakhir sebelum UPSR itu telah disampaikan oleh beberapa orang guru SKBTum, termasuk Tuan Guru Besar SKBTum. Calon bersalaman dan memohon maaf daripada guru.

Wednesday, April 9, 2008

Ceramah Disiplin


Semua guru termasuk guru besar dan penolong kanan asyik mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cg Azeman Awang pada hari ini.

Kudap Disiplin untuk Guru-guru SKBTUM


Pada 9 April 2008, semua guru SKBTum telah mendapat satu imput terkini oleh penceramah KUDAP iaitu Cg Azeman Awang. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk Disiplin Sekolah. Beliau baru saja pulang dari berkursus di IAB. Isi kandungan kursus mengenai disiplin masa sekarang, prosedur mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar dan penerangan mengenai pekeliling disiplin yang patut diketahui oleh semua guru. Pesanan beliau ialah "Semua guru adalah Guru Disiplin". Terima kasih Cg Azeman dari semua guru SKBTum.

Nasyid di Hari Sambutan Maulidur Rasul


Pertandingan nasyid juga diadakan pada hari sambutan Maulidur Rasul di SKBTum. Semua kelas mempersembahkan nasyid pada hari tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul


Kumpulan Kompang SKBTum mempersembahkan persembahan mereka di awal pagi sambutan Maulidur Rasul peringkat SKBTum pada 3 April 2008. Aktiviti pertandingan nasyid, kuiz dan selawat beramai-ramai diadakan pada hari tersebut.

Hari Cakna Waris


Ramai ibubapa yang hadir sempena Hari Cakna Waris SKBTum pada 31 Mac 2008. Terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir kerana memberi sokongan untuk menjayakan program ini.

Hari Cakna Waris


Ucapan alu-aluan disampaikan oleh YM Pn Hjh Sharifah Kasmani bt Syed Akil, guru besar SKBTum kepada semua ibubapa yang hadir untuk menjayakan Hari Cakna Waris SKBTum pada 31 Mac 2008.

Kem Bestari Solat


Ada yang melakukan aktiviti praktikal menunaikan solat dengan bimbingan guru-guru skbtum pada 26 mac 2008.

Kem Bestari Solat


Suasana di awal pagi sebelum Ken Bestari Solat. Ramai guru skbtum terlibat untuk menjayakan kem tersebut.

Tuesday, February 5, 2008

Tahniah Kepada Yang Berjaya


Hadiah kepada yang berjaya dalam larian hari ini disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim Mahmud, PK Koku, SKBTum.

Lari lagi


Larian disepanjang jalan raya yang menuju ke Pulau Duyung, K.Trg. Diawasi oleh guru, staf, pibg dan polis.

Sedia mula lari


Larian dilepaskan oleh YM Pn GB.

Hari Larian Jambatan Sultan Mahmud 2008


Hari ini Larian Jambatan Sultan Mahmud dan Merentas Desa diadakan. Larian dilepaskan oleh YDP PIBG dan GB SKBTum pada pukul 9.25pagi ini. Larian ini juga dibantu oleh pihak PIBG dan pihak Polis Trafik K.Trg. Terima kasih kepada semua yang menjayakan larian ini.

Wednesday, January 30, 2008

Laluan Larian Jambatan


Trek laluan untuk pelajar tahap 2, iaitu pelajar tahun 4, 5 dan 6. Diharap acara ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan supaya acara ini berjaya hendaknya, Insya'Allah.

Laluan Larian Jambatan SKBTum 2008


Laluan Larian Jambatan untuk pelajar tahap1, iaitu terdiri dari pelajar tahun 2 dan tahun 3.

Dah Letih Ke?


Semua murid bersemangat berlari semasa latihan diadakan pada hari tesebut. Wajah-wajah ceria sambil berlari pada hari tersebut.

Latihan Larian Jambatan SKBTum 2008

Pada hari Isnin baru-baru ini SKBTum telah mengadakan latihan larian kepada semua pelajar tahun 2 hingga tahun 6. Semua pelajar bersemangat menjayakan latihan tersebut.

Sumbangan kepada ahli Hafazan SKBTum


Pada pagi Isnin baru-baru ini pihak sekolah telah menyampaikan sumbangan hafazan kepada pelajar yang telah berjaya menjalan ujian hafazan yang telah diuji oleh pihak JAIT. Ujian hafazan telah dijalankan di sekolah pada tahun lepas. Sumbangan hafazan telah disampaikan oleh Puan GB SKBTum. Semoga ramai lagi pelajar SKBTum mengambil ujian pada masa yang akan datang. Insya'Allah.

Ada lagi kacau suraaaa


Ni geng Sir Syed and the geng asyik mengacau sura pada hari sambutan maal hijrah.

Seronoknya dia orang masak


Ustaz Adnan dan Cikgu Mohmad serta geng telah juga memberi tenaga dalam menjayakan acara memasak asyura juga. Seronoknyeeeee kacau suree.......

Acara Asyura


Pada hari Khamis 24 jan 2008, sempena sambutan Maal Hijrah, pihak guru dan kaki tangan telah bergotong-royong memasak asyura untuk dibahagikan kepada semua pelajar SKBTum, guru dan kakitangan.

Kumpulan Nasyid Tahun 2 Ibnu Sina


Kumpulan nasyid ini terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan dari murid tahun 2 Ibnu Sina.

Pertandingan Nasyid Sempena Maal Hijrah


Baru-baru ini sempena Sambutan Maal Hijrah di peringkat sekolah, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Pertandingan Nasyid. Pertandingan tersebut telah diambil bahagian oleh murid dari tahun 2 hinggan tahun 6. Ini adalah kumpulan Nasyid lelaki dari tahun 6 Ibnu Sina.

Ketua Pengawas SKBTum 2008.

Mohamad Muiz bin Zuki telah dilantik sebagai Ketua Pengawas SKBTum untuk tahun 2008. Wartikah perlantikan tersebut disampaikan oleh YM Pn Hjh Sharifah Kasmani bt Syed Akil, Guru Besar SK Bukit Tumbuh.

Perlantikan Penolong Ketua Pengawas


Puan GB sedang menyarungkan baju kot kepada penolong ketua pengawas iaitu Nadira Alia bt Mohmad dari kelas 6 Ibnu Sina.

Hari Penyerahan Wartikah


Baru-baru ini pelajar-pelajar yang telah dilantik menjadi pengawas dan ketua kelas telah menerima wartikah perlantikan pengawas dan ketua darjah. Ia telah disampaikan pada hari Ahad baru-baru ini. Disampaikan oleh Puan Hajah Hanisah Ibrahim, PK HEM SKBTum dan dipengerusikan oleh Cikgu Azeman Awang selaku Guru Displin SKBTum.

Tuesday, January 29, 2008

Wajah-wajah kecil di SKBTum


Pihak SKBTum mengalu-alukan kedatangan pelajar tahun 1. Selamat Belajat Di SKBTum.

Program Transisi Tahun 1 2008


Guru-guru tahun 1 di SKBTum telah mengadakan program transisi untuk pelajar baru tahun 1. Program ini diadakan kerana untuk menyesuaikan para pelajar dengan suasana sekolah kepada mereka. Puan GB juga telah juga menyampaikan amanat kepada pelajar baru sebelum mereka memulakan pembelajaran di SKBTum.
ramadhan
ramadhan